Saturday 11 February 2017

ONLINE BISNESS

Assalamualaikum..

Akak rasa terpanggil pulak nak buat blog. First time nih. Perkenalkan diri dulu..ishh...mana tatasusila nih. Ok..nama akak Reen. Atau selalu orang panggil kak Gobok. Kenapa panggil kak gobok. hahah.. sebab nama ig akak #gerobok_baju. Nama page akak pun @gerobokbajusaya. Bila dah ada nama yang sebegitu rupanya, of coz lah akak ni keje online dek..

Malam ni akak frust sangat. Sangat-sangat-sangat. Tulah...Azizan dah cakap dah. kene ada ILMU. Najib assadok siap suruh datang kelas dia dah. Jamal Sifu dah email dah. Nak berniaga kene ada ILMU. Tapi, huhu.. Melayang duit akak buat Fb ads. Nasib rm21 je dik. Tapi bukannya senang nak dapat Rm20 dalam masa sekarang nih...

Nak tahu macam mana mula berkecimpung dengan dunia Online ni..

Nak tahu...

kalau nak akak share....

Oklah....

Akak share jugak...

Akak sebelum ni di KL. Tapi sebab nak jadik isteri mithali konon, berhentilah koje dan ikut suami ke Kuantan. Masa tu ada anak kecik. Jadik hold dululah hasrat nak mencari koje. Orang dah biasa pegang duit, tapi kali ni dah mengharapkan suami je bagi duit. Jadik akak mulalah mengeluarkan semua skill yang dok timba dekat ofis dulu..

apa keje akak buat....cer teka...cer teka..

percaya tak akak buat freelance payroll...dapatlah rm500 sebulan..masa tu tahun 2014..nak jadikkan cerita tahun 2015, LHDN datang duk buat spot check....bila LHDN datang buat spot check akak tak kisahlah, akak memang dah expert buat dok kira gaji orang nih....tak lama kemudian akak dapat surat cinta dari LHDN. Akak kene bayar penalti RM4200 sebab tak buat potongan pada staff yang kene bayar...padahal akak dah copy semua file dari syarikat lama sebagai guideline akak.

Malas nak cerita panjang, akak dok pakat dengan pengurus syarikat. Dan dia pun setujulah, nak bayarkan. Alhamdulillah...kalau tak mana akak nak carik duit sebnayak tu weii....

Bila dah jadik macam tu, duit pun dah tak ada. Keje freelance tu macam biasalah kena buat. Dah memang akak kan. walaupun tak berbayar, akak tetap kena turun naik Perkeso, Bank, KWSP sebab nak bayar semua benda alah tu lah.. Bila duit tak de, kepala pun duk ligat lah memikir. Macam mana nak dapat DUIT...

Ha....nak tau kesudahannya...dari situlah terjebaknya akak dengan dunia online bizzzzzz



Apa nak jual?
Macam mana nak mula?
Laku ke?

Nanti akak ceritakan untuk next post....

Bye...

No comments:

Post a Comment