Tuesday 21 February 2017

ONLINE BISNESS PART2

Assalamualaikum...

Ha, sambung baliklah kan hat cerita minggu lepas..

Lepas dah kena bayar kat LHDN tu RM4200 yang kononnya bayar penalti tu, kepala akak mulalah ligat. Ligat nak carik duit. macam manalah nak cari duit nih....

semalaman akak tak boleh tido..macam-macam soalan dok main kat fikiran.

antaranya :

"macamana nak bagi duit kat mak setiap bulan?"

"macamana nak shopping baju anak?"

"macamana nak belanja anak-anak makan kat luar?" sebab paham sangat ekonomi suami. Asalkan dia dapat sediakan apa yang patut dan yang wajib itu pun dah syukur. Tapi akak ni jenis bangsa yang suka tengok anak seronok. Seronok tengok dia pakai baju tidur baru, baju jalan baru, kasut baru, beli buku baru. Pendek kata semua barulah...

Jadiknya, nak dipendekkan cerita. Malam tu akak tak boleh tido. ku pandang kiri, dengar suami berdengkur. ku pandang kanan. anak kecik akak tengah tido. Akak pun terus lah capai handphone. Dan terus bukak ape lagi. FACEBOOK le.....

First yang akak nampak ialah cerita pasal kawan akak yang mempromot songket dia...hati akak terkuit muit nak pm dia... dan bermula dari malam tu lah..akak dah dapat azam baru...

MULAI ESOK AKAK NAK MULA BERNIAGA ONLINE


Dan sekarang sudah setahun akak buat online bisness

Apa yang akak belajar dengan kerja baru akak ni ialah :


SABAR
(sabar dengan kerenah pelanggan)

RAJIN 
(rajin mengupdate dekat fb dan ig, rajin mencarik ilmu dengan membaca atau tgk youtube)

YAKIN 
(yakin dengan apa yang sedang buat, akan dapat hasil)

REDHA DAN BERDOA 
(redha sekiranya tiada sales sepanjang hari atau sepanjang minggu, atau sepanjang bulan. )

BILA DAH MULA TERUSKAN, JANGAN LETIH
(walau tak de sales, jangan give up. Kita bukan artis, jual biskut raya 30 keping harga RM30 sebekas pun laku. Jual pulut kuning, sebekas RM15 pun laku...tukar...tukar pemikiran macam tu.)


Dan nak tau sape dia customer pertama akak....


ADIK IPAR AKAK!

TQVM, i love u...support akak ipar ko ni... di saat akak meng "update" status di FB, kawan-kawan tak de yang like....yang banyak like ialah orang yang akak tak kenal. Orang yang tak pernah akak berbual....TQVM 




No comments:

Post a Comment